Thursday, February 18, 2010

1st Try Sajak Melayu

Belum sudah sebermulanya seketika .
ketika aku asyik membuang masa .
datangnya maghrib , belum pulangnya kupu-kupu .
biar apa orang kata kita bodoh .
ya . aku bodoh .
bodoh kerana mengikut telunjuk si Pemijak Kepala .
masa bukan seperti beras , boleh beli dan jual .
Melayu bukan seperti tanah , boleh di pijak boleh di lompat .
kemana perginya kata-kata hikmah si Pembela Bangsa ?
tidak pernah aku dengar , suara si pemuda yang menjerit
'Takkan Hilang Melayu Di Dunia'
orang luar kita sanjung , kita junjung .
orang dalam ingin maju , kita bersorak hina .
inikah yang dikatakan Melayu ?
Perjuangan tidak cukup ,
kalau engkau tidak faham erti perjuangan .
Berjuanglah demi Agama ,
Berjuanglah demi Bangsa .
buktikan kepada mata dunia ,
yang kita bukannya Bangsa yang hina .
kita adalah Melayu.

No comments:

Post a Comment