Wednesday, March 17, 2010

Cinta Si Cacat(MEREPEK BEB)

Duduk diam , tangan di peha .
Otak kosong dan hanya ada rasa gembira .
Terlintas depan aku , seorang cacat bahasa .
Jari mewakili mulut .
Terlintas juga , seorang Pengencang Hati .
Bertutur mengguna mulut berkata
'Nama siapa?'
Si cacat mengeluarkan kad pengenalan .
'Kau sudah curi sesuatu yang bernilai bagi aku.'
'Dan aku nak engkau terus simpannya selamanya'
'Ajar aku bahasa dalam senyap boleh?'
Aku nampak seorang seniman ,
menyanyi di depan khalayak ramai .
Aku sentuh sebuah meja ,
di jilat anai reput menyembah bumi .
Murai menyanyi di temani pokok mangga .
Duduk aku seorang diri .
Melihat awan bergerak perlahan .
Murai terbang dahan ke dahan .
Dalam diam , Aku bercinta dengan si Dia .

Tuesday, March 16, 2010

Masa

Kipas berpusing
Ia berhenti di tekan suis .
Dan ia berhenti .
Masa berjalan dalam bulatan .
Kita tidak sedar ,
kita ini membuang emas .
Emas yang amat istimewa dan
tidak boleh di beli dengan kertas murah .

Angin

Hujan turun dengan lebat
Penuh tenang aku mengesat lantai .
Termenung jauh hingga ke Kuala Lumpur .
Dengan perasaan rindu , aku menyebut
'Angin , datanglah kemari memberikan salam rindu Aku
ke pada si Dia . Ceritalah kepadanya ,
setiap titik langit menangis , begitu banyaklah
sayang aku kepadanya '

Saturday, March 13, 2010

Perasaan

Sunyi ,
Aku hanya dengar bunyi
Bunyi suara kipas .
Aku duduk , aku tenung , aku baring .
Semuanya sama .
Perasaan ,
Bukan benda yang kita boleh tampal
Bila rosak .
Semuanya Sunyi ,
Sunyi kerana perasaan yang sedih .
Semuanya sunyi ,
Bila aku tidak lagi diperlukan
Dalam hidup kau .
Semuanya sunyi ,
Termasuk langit , Senja , Pagi .
Semuanya sunyi